Tuesday, 25 March 2014

TRAGEDI MH370

Betapa berat mata memandang
Berat bahu menggalas bebanan
Belum sempat menitis ke pipi
Tangisan kering sendiri     
Luahan rasa derita jiwa
Pada wajah tiada rahsia
Menunggu malang berganti tuah
Usah kau berputus asa

Tuesday, 11 March 2014

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail & Datuk Azharuddin Abdul Rahman

Datuk Azharuddin Abdul Rahmah Ketua Pengarah DCA
 
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Dua wajah yang tenang. Walaupun kedua-dua insan ini mempunyai masalah yang besar ketika ini, mereka tetap menjawab dengan baik dan tenang. Semoga Allah SWT menolong dan memberi keberkatan. Sebagai pegawai bawahan, saya kagum dengan personaliti pegawai tinggi yang bijak dan tenang itu.
 
Begitu juga dengan insan wanita Presiden KeADILan yang tenang walaupun menghadapi ujian yang besar buat keluarganya. Semoga Allah SWT memberi kekuatan perjuangan keadilan untuk semua yang dibawanya.
 
Thursday, 13 February 2014

PRODUK ZHULIAN

Sekarang saya sedang mencuba produk Zhulian.

Setelah sebulan mencuba produk Zhulian, Syukur pada Allah SWT bacaan kalestrol saya telah turun daripada 6 kepada 4.4. Bagi saya minuman ISO 5 dan ISO 3 ditambah dengan B'Young memang sangat hebat. Pengalaman saya minum. Betapa besarnya kesyukuran kepada Allah SWT apabila kalestrol saya turun. Indahnya sumber-sumber Allah SWT jadikan. Bahan-bahan semulajadi diambil dan dikaji buat RnD menemui produk ini. Wow, hebatnya kejadian Allah SWT. Mari kita tingkatkan keimanan dan beramal dengan agama Allah SWT.

Wednesday, 12 February 2014

SALESMAN MUNAFIK

Mulut manis Andy salesman
 
Begini….
Saya memang berhajat untuk membeli sebuah kereta. Sebelum saya ingin membeli sebuah kereta, saya telah pun membuat tempahan dengan syarikat kereta Toyota untuk kereta Vios baharu. Memandang kereta lewat terima iaitu selepas Tahun Baru Cina, maka saya berhenti hajat untuk membeli kereta tersebut.
Pada 10 Januari 2014, Perodua telah melancarkan Alza Baru. Setelah berbincang dengan keluarga, kami bersetuju untuk membeli sebuah kenderaan Perodua Alza Baru. Saya, ibu, dan adik telah pergi ke Pameran Kereta Perodua di Shah Alam berhampiran dengan Giant.
Ketika memasuki di kedai Perodua tersebut, saya berhajat untuk membeli kereta dengan seorang salesman disitu. Sudah dua tiga kali saya berjumpa dan bertanya hal-hal kereta. Malangnya saya telah disapa salesman lain iaitu Endy Salesman berbaju putih.
Saya dengan jujurnya menyatakan hasrat membeli sebuah kereta Alza. Dia pun menceritakan hal kereta Alza tetapi tidak banyak pun sebab saya memang kemaruk ingin membeli kereta. Semasa dalam perbincangan, Endy Salesman memaklumkan syarikat Perodua tidak akan memberi sebarang free give hanya memberi kereta. Dia menawarkan apa yang saya ingin sebelum kereta, tanpa pengetahuan yang ada mengenai pembelian kereta, saya ingin PAYUNG, TOUCH N GO, SMART TAG, TINTED & STERENG LOCK. Salesman itu setuju dan saya setuju dengan SYARAT kereta Alza boleh dapat sebelum Tahun Baru Cina kerana kami sekeluarga ingin pulang ke kampung. Saya pun memberi salinan gaji 3 bulan dan salinan kad pengenalan. Untuk tempahan kereta sepatutnya salesman perlu mengisi borang dan dapat salinan borang tapi tidak dengan salesman ini. Alasannya, jika saya bagi duit booking RM50 dan bank tidak lulus pinjaman syarikat lambat memulangkan wang tempahan tersebut. Endy Salesman juga minta berjanji jangan beritahu salesman lain di showroom Shah Alam. Saya pun berjanji dan bila terserempak salesman itu saya pun bercakap seperti mana Andy minta “Tidak ambil atau masih berfikir”. (Awal-awal dah jadi bodoh).
 
Salesman ini, apabila belum dapat bisnes rajinlah follow up dengan pelanggan. Apabila dapat bisnes, diam terus seperti Andy Salesman. 
Saya juga rajin bertanya dengan rakan-rakan yang telah membeli kereta perodua ni. Mereka mendapat pelbagai barangan daripada salesman. Apabila saya tahu, saya pun maklumkan kepada Endy Salesman:
      SMS:
Endy
Salam...mcm ni lah kira satle, apa yang nak kan tu andy bg lah seperti mana yg kwn2 dapat tu...andy pun tk nk pening kepala, lg pun loan dh approve kan...
Saya
Ok kita setlekan. Apa yang andy boleh bg?. Sy nk sptmana kwn sy dpt
Endy
Listkan apa yg ken dpt andy tunaikan
Saya
Ok. Esok
Endy
Orait
Saya
Kawan saya dapat. Komisen RM800,kapit kete, payung, smart tag, touch n go, stereng lock, tinted, plat kete free
Endy
Oklah andy bg k.
Saya
Ok.
Untuk makluman pembaca semua, saya lihat broshure plat kereta baharu ditanggung oleh syarikat tapi terkejut jugak bila diminta untuk membayar RM50 untuk tujuan itu.
Setelah pinjaman bank lulus....
Salesman maklumkan pinjaman saya telah lulus dengan kadar bunga 2.88%. Endy salesman makluman jika saya ambil Bank Hong Leong dia boleh ambilkan. Saya bersetuju. Terdetik hati saya, pinjaman itu Islam atau Konventional. Lalu saya sms dia:
SMS:
Saya
Smskan draf bank utk atas nm sapa
Endy
PB MOTOR SDN BHD
Saya
OK
Endy
Slm, please call me back, i nk tnya pukul berapa boleh sign loanaggrement hari ni?
Saya
Ok. Tengahari bt bank draf. Nk tanya loan car hlb tu skim islamix x?. Dah siap bank draf sya col. k
Endy
Yer islamic
Saya
Mcd (bertemu dengan salesman di Giant Shah Alam)
Semasa Menyerahkan bank draf dan sain pinjaman kereta...
Lokasi: MCD Giant, Shah Alam.
Saya hadir bersama ibu dan adik perempuan bersama sekeping bank draf RM15,000. Endy salesman hadir bersama isteri dan anak kecil. Apabila datang ke tempat yang telah dijanjikan, Endy maklumkan bahawa pinjaman dengan Bank Hong leong bukan islamik tetapi konvetional. Saya terkejut dan termenung seketika. Apa lagi, Endy masuk jarum menyakinkan saya bahawa kereta Alza sudah ada hanya menunggu tandatangan perjanjian dan ban draf. Sekiranya saya lambat sain perjanjian, lambat dapat kereta sebelum Tahun Baru Cina. Saya sain perjanjian dan serahkan pada 20 Januari 2014 (Isnin) [Sain sain sain sain....]
Endy salesman berjanji bahawa saya akan menerima kereta paling cepat 3 hari atau 5 hari bekerja. Dia berjanji akan mengambil kami di Giant Shah Alam ke PB Motors Sdn Bhd untuk mengambil kereta yang dijangka dapat pada hari sabtu / ahad (25/1/2014 atau 26/1/2014).
Setelah tempoh 25 / 1 /2014, Endy senyap. Senyap dapat bisnes. Tidak telefon dan sms untuk maklumkan khabar berita. Saya sebagai pelanggan pula terpaksa menelefon seolah-olah saya pula salesman. Resit tidak diberi, dapat kereta tidak maklumkan. Bila saya telefon, alasan diberi offline JPJ, offline JPJ. Semuanya salah JPJ. Saya bimbang RM15,000. Tidak ada hitam putih. Bodohnya Aku.
Ketika ini, saya tanya Endy tapi diam dan kadang-kadang tidak menerima balas sms dari dia....saya marah!!!
Ayah saya dan keluarga sudah marah-marah kepada saya. Lalu kami mengambil keputusan untuk serang Showroom Shah Alam. Ayah saya berjumpa dengan seorang salesman dan menerangkan masalah mereka hadapi iaitu Cukai Eksais Kastam. Sebab itu JPJ tidak dapat proses pendaftaran kereta baru Alza.
Kemudian, diri rasa insaf. Saya ingin mohon maaf dari Endy Salesman. WhatsAPP
WhatsAPP...
Saya
Saya minta maaf ...
Endy
Ok takpe, andy tk mrh atau rasa ape2...apa yg berlaku semuanya slh perodua.............................jangan risau andy tk ambil hati pun dengan u...andy mohon maaf di atas kesilapan produa dan jpj
Saya
ok
Setelah reda....
Endy Salesman senyap dan menyepi setelah Tahun Baru Cina...saya mula WhatsAPP pada 5 Februari 2014
WhatsAPP...
Saya
Senyap je...keta bila dapat...x da follow up untuk pelanggan ke
Endy
Esok datang amik kat pantai bharu. Td diaorang bwk pasang no plate
Saya
X tanya senyap je...bg alamt (pantai bharu)
Endy
Send Resit. (Konon-konon nak bagi tahu resit ada)
Saya
Apa yg dijanji tu dpt sekali ke
Endy
Rasa?
Endy
Secara jujurnya memang andy nk bagi ape yang u mintak, tetapi setelah apa yg u dah buat pada andy , ckit sebanyak andy ada terasa, tp dgn timbang rasa yg masih ada ini, andy bg jugak free give, tapi hanya minyak full tank, smart tag, tounch n’go, stering lock, payung...
Saya
Tipula...
 
Janji kena bgla..
 
Tinted x bg..komisen pn x bg....
 Kecewa dengan perangai Andy Salesman putar alam...
Cakap-cakap ambil Kereta Alza
 
Ketika Ambil Kereta.....

Cuak perangai Endy salesman sebenarnya. Tepat jam 11.00 pagi pada 9 Februari 2014 (Ahad) di P.B Motor Sdn Bhd Jalan Meru, Klang. Bayangkan ambil kereta di Meru padahal tinggal di sekitar Petaling Jaya. Banyak Showroom di kawasan Petaling Jaya. Memang terkena dengan Endy Salesman putar alam.

Kehadiran Endy Salesman bersama isteri dan anak. Dia pun maklumkan bahawa dia bagi free give minyak penuh, touch n go, payung, tinted dan smart tag. Apa lagi yang lain memang tidak beri. Endy Salesman maklumkan bahawa dia tidak dapat bagi semua seperti saya minta kerana komisen yang dia terima sebanyak RM625/ kerana alasannya saya telah serang di shoowroom Giant Shah Alam. Bos di sana marah dan bertindak memotong komisennya (dalam diri kasihan. Para pembaca jangan sangat kasihan pada salesman kalau penipu). Orang sana telah mengelar dirinya penipu (memang penipu). Lepas tu, bagi tahu kepada saya bahawa salesman dengan salesman ingin jatuhkan dia (ada aku kisah).

Ding dong ding dong...saya pun kata oklah.

Sewaktu membawa kereta pulang....
Bapa saya telah memandu kereta untuk pulang ke rumah, perjalanan pulang kami memang melalui tol. Bila bapa saya menggunakan touch n go yang diberi jumlah baki kosong. Saya pun sms endy salesman:

Sms:

Saya
Touch n go kosong
Endy
Hari tu masa msg dgn andy u tk mtk minyak, so andy dah ganti dengan minyak full tank td, so touch n go tak isi lah..

Kesimpulan:
Itulah kisah pengalaman membeli kereta. Jadikan panduan. Jangan percaya sangat pada salesman. Apabila booking kereta pastikan anda terima resit tempah kereta, apa sahaja minta, catat dalam resit. Anda perlu dapat penjelasan dengan pihak salesman sebelum membuat keputusan booking. Anda juga perlu pastikan salesman itu jujur dan sanggup mengajar anda. Dan pesanan akhir sekali, pilih salesman yang baik dan jujur tanpa mengira bangsa. Sesungguhnya apabila membeli salesman melayu pun melayu makan melayu. Saya doakan Andy Salesman ditutup hidayah dan tutup rezeki untuk orang tidak membeli kereta dengan anda. Penipu.

Tuesday, 31 December 2013

TUTUP TIRAI SUDAH TAHUN 2013

Teringin menjadi seorang ibu.... mmm
 
Cak….Selamat Datang Tahun 2014.

Tahun 2013…. Syukur Allah SWT kerana masih hidup dan diberi keluarga yang bahagia.

Tahun 2014 …. Desas desus harga barang dan perkhidmatan naik. Cabaran Sungguh.

Harapan…. Semoga dapat kerja baharu, murah rezeki, ibubapa & adik-adik sihat, kurus badan, sihat, bahagia, pandai menjahit, pandai memasak, tambah iman, tambah ilmu, elok akhlak, adik-adik temu jodoh dan aku KAHWIN. Wink..
Saya doakan anda semua dimakbulkan apa sahaja kehendak dan paling penting hidup dengan hidayah Allah SWT. Amin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...