Friday 26 November 2010

SAKIT MATI LEBIH DASYAT DARI SAKITNYA PUTUS CINTA


Ramai orang yang terkenang-kenang keindahan cinta mereka. Bagi yang bersatu sudah pasti mereka sedang menikmati keindahan. Manakala bagi mereka yang putus cinta, cinta tidak terbalas dan sebagainya mereka hidup sengsara. Bagaikan dihiris sembilu bisa. Ada yang sanggup tutup nafsu berkahwin, seksa diri, benci lelaki atau perempuan, mati dan sebagainya. Saya tidak menafikan amat menyakitkan. Amat sakit!. Tetapi jangan keterlaluan. Ingat, redha dan bersyukur itu lebih baik. Ada hikmah apa yang berlaku. Mudah-mudahan Allah SWT , mengasihi diri kita dan diberikan orang yang lebih.


Kehidupan manusia didunia ini hanya menempuh dua keadaan iaitu sama ada susah atau senang. Kesenangan bagi orang yang tidak bersyukur ada kalanya melalaikan manusia dari mengingati Allah Taala dan juga mengingati mati. Tetapi apabila menghadapi kesusahan dan penderitaan hidup kadang mereka mempunyai persiapan untuk menhadapi mati? Jika tidak, bagaimana mereka tahu bahawa mati itu lebih baik dari mereka?. Fikir-fikirkan.



Mengingati mati dalam keadaan susah dan senang itu amat besar faedahnya. Sekiranya berada dalam kehidupan yang susah dan menderita, tiaklah mereka merasa kan bahawa penderitaannya itu teralu berat jika dibandingkan dengan detik-detik menghadapi mti yang dasyat, suatu detik yang penuh cemas dan kesakitan. Bukan sekadar sakit disebabkan nyawa dicabut keluar dari badan, tetapi ia adalah saat-saat penentu yang amat digeruni oleh semua manusia, sama ada dia beroleh husnul khatimah (kesudahan yang baik) atau su-ul Khatimah (Kesudahan yang buruk).



Dengan mengingati saat-aat roh dicabut oleh malaikai maut dengan kesakitan bagaikan disiat kulit hidup-hidup, maka apalah sebenarnya penderitaan dan kesakitan hidup didunia. Apatah lagi mengingat sengsaraan di hari mashsyar dn azab neraka yang bakal menimpa oang-orang yang ingkat, maka kesengsaraan di dunia yang singkat ini bukanlah bandingan. Justeru itu, dengan mengingati mati dan mengingatkan persoalan mati iaitu di dalam barzkh dan juga alam akhirat itu akan meringankan beban derita yang ditanggung di dunia ini.



Sekiranya seseorang itu hidup senang dengan kekayaan yang melimpah ruah, maka kesenangan yang dirasai itu tidak akan mempersonakan dan merasa terlalu berbangga dengannya. Kerana ia sekadar kesenangan bagaikan setitik embun dihujung dauh yang akan gugur dan hilang dalam sekelip mata. Kebahagiaan dan kesenangan di dunia adalah kesenangan tidak kekal jika dibandingkan dengan kesenangan selepas mati bagi orang-orang beriman yang mendapat rahmat Allah SWT.



Sekadar meringankan perasaan!.