Wednesday 15 December 2010

AKU DIPINANG


Fitnah lebih mudah terjadi andainya diri tidak menamatkan zaman bujang dan mulakan hidup berkeluarga. Usah juga terlalu penyedih, kecewa dan derita apabila putus kasih. Cari je yang lain (Senang je cakap!).

Sebenarnya kesedihan tidak membawa apa-apa makna. Menyepi, menyendiri dan bersedih tidak membawa sebarang manfaat. Usah diseksa jiwa dan raga, sedangkan berbahagia itu hak semua. Ayuh, berusaha cari yang sudi :P.

Kadang-kadang orang bercinta memang terkeluar dari garisan minasabah. Ayat-ayat dibawah biasa didengar atau biasa diucapkan?
Ah, "rindu awak, sayang awak",
"Api cinta kami panas membara, tak mudah padam!

"Saya tak pernah terasa'kehilangan" sebegini, bila ditanya diri apa perkara yang paling akan saya rindu, awak mungkin tahu jawapannya"
"Saya pasti awak adalah Hawa bagi saya dan saya adalah Adam bagi awak, mungkin sebaliknya, tapi saya percaya Allah menjadikan semua makhluk berpasang-pasangan."
"Urg, saya tak tau, bila difikir-fikirkan, hati saya rasa sakit, seolah-olah hilang benda yang penting."
"Saya dah solat istikharah, dan saya nampak awak dalam hati saya".

Kita tidak perlu menjadi seperti Romeo yang membunuh diri kerana menyangka Juliet telah mati. Apabila Juliet tersedar kerana mendapati Romeo telah mati dia juga turut membunuh diri. Betapa ceteknya dan dangkal Romeo dan Juliet. Rugi!

Mengapa kita membunuh kebahagiaan, menyeksa diri dan penyedih sepanjang masa. Tak perlu tergesa-gesa ingin mati, bila saatnya tiba matilah juga kita. Jadi nikmatilah dan hargai. Bila peluang untuk bahagia datang, lapangkanlah. Saya akui sukar melupakan kenangan dan rasa cinta kepada bekas pasangan kita. Meski pun hidup menanggung beban penyedih, janganlah memberi peluang penyedih menguasai diri kita (persepsi sendiri walaupun orang kata tak pun, huhuhu). Anggaplah ujian dan ketentuan Allah SWT, tingkatkan keimanan. Mohonlah pada Allah, InshaAllah.

Buat mereka yang pernah putus kasih, cinta bertepuk sebelah tangan (sakit hati!) dan apa-apa sedihlah kita tidak seharus menyepi, menyediri, membina benteng diri hingga menutup pintu untuk "didekati" serta tidak memberi peluang untuk dicintai & mencintai. Ini adalah perbuatan membunuh perasaan sendiri. Hidup tak lama. Carilah yang sesuai dengan diri kita untuk mencapai visi dan misi kebahagiaan dunia akhirat.

Jadi tunggu apa lagi, berilah peluang untuk disunting bagi versi cinta terhalal :D