Monday 21 March 2011

TSUNAMI DAN AKHLAK JEPUN

Menginsafi bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda negara Jepun. Kami di sini mendoakan agar Tuhan mengurniakan kesabaran dan ketabahan yang tinggi kepada mereka yang terlibat.

Kita seharusnya mencontohi masyarakat Jepun yang begitu berdisiplin meskipun ketika berhadapan dengan malapetaka besar. Tahap kesabaran mereka juga sepatutnya menjadi contoh kepada seluruh masyarakat dunia. Kedua-dua ciri penting ini pastinya membolehkan mereka bangkit dengan cepat bagi membina semula bandar yang musnah teruk. Mereka tidak mementingkan diri malah bekerjasama. Bayangkan ketika bencana berlaku, mungkin kita mementingkan diri, berebut-rebut untuk mendapatkan bantuan dan tidak mengendahkan arahan pihak berkuasa. Saya termenung seketika melihat akhlak mereka yang begitu tinggi. Alangkah baiknya umat Islam hari ini mempunyai akhlak yang begitu ‘indah’ disetiap tempat dan negara. Mungkin boleh kita katakan, akhlak Islam banyak dinegara Jepun. Subhanallah.

Kegigihan dan kesungguhan mereka mengenalpasti kaedah dan strategi serta penyebaran maklumat cepat dan tepat kepada seluruh rakyat, pasti akan membantu memulihkan semula negara mereka.

Insiden ini mengundang banyak kesedihan namun memberi pengajaran besar kepada umat dunia.