Tuesday 28 June 2011

FADILAT DOA DAN SELAWAT


Antara adab berdoa adalah hendaklah menghadap kiblat kerana doa adalah satu di antara ibadah kepada Allah SWT. Berdoa pula dikehendaki angkat kedua-dua belah tapak tangan. Cara angkat tangan semasa berdoa ada pelbagai kaifiyat yang dibahaskan oleh para ulama. Mengikut Imam Ghazali r.a ialah dengan mengangkat agak tinggi hingga kelihatan putih celah pangkal lengan.
Mengikut Iman Ghazali ra ialah mengangkat agak tinggi hingga kelihatan putih celah pangkal lengan. Selesai berdoa raup kedua tapak tapak tangan ke muka kerana menurut atsar Saiyidina Umar ra katanya “Nabi SAW Umar  apabila hulur tangan kea rah langit kerana berdoa tidak diturunkan tangannya kecuali setelah diraupkan ke mukanya”.
Abdullah ibnu Abbas r. anhuma pula berkata: “Nabi SAW apabila berdoa beliau temukan kedua-dua tangannya dan baginda jadikan kedua perut tangannya menghadap ke mukanya”. Demikianlah kedudukan tangan ketika berdoa, ketika angkat kedua tapak tangan jangan memandang ke langit. Jika berbuat demikian seolah Tuhan berada di langit sedangkan Allah SWT tidak bertempat.
Adab berdoa seterusnya ialah dengan suara yang sederhana dramatari jahar (nyaring) dan sir (perlahan). Apa yang mustahak hendaklah kedengaran butir huruf kerana segala perkataan itu hasil daripada gerakan bibir mulut dan lidah serta suara.
Siti Aisyah ketika mentafsirkan ayat yang bermaksud: “Dan janganlah kamu menyaringkan suara dalam solat mu dan janganlah merendahkan nya dan carilah jalan tengah di antara kedua-duanya.” (Surah Al-Israa ayat 10). Apa yang dimaksudkan dengan solat mu ialah doa kerana jika dimaksudkan itu solat, maka ia bercanggah dengan kedudukan solat malam Nabi SAW yang dibaca ‘jahar’ (nyaring) dan solat siang dengan ‘sir’ (suara perlahan).
Satu hujah lagi ialah dengan pujian Allah SWT terhadap Nabi Zakaria as dalam al-Quran yang bermaksud: “(Yang dibaca ini adalah) penjelasan tentang rahmat Tuhan kamu kepada hambanya Zakariya iaitu ketika ia berdoa kepada Tuhannya dengan suara yang lembut.” (Surah Maryam ayat 2 dan 3). Perkara yang dipuji Allah SWT ialah cara Nabi Zakariya berdoa dengan suara lembut, dia tidak menyaringkan suara ketika berdoa kerana yakin bahawa Allah SWT Yang Maha Mendengar terlalu dekat dengannya.
Adab berikutnya janganlah berdoa dengan kalimah yang bersajak sebaiknya berdoa dengan berpunca daripada Nabi SAW yang ma’tsurah. Tidak perlu bersusah payah mencipta doa sendiri kerana hendak dipinta semuanya telah dipohon kan oleh Nabi SAW. Doa yang disusun oleh Nabi SAW lebih teratur indah dan lebih sempurna.
Kadangkala manusia meminta sesuatu lebih daripada kadar yang sepatutnya kerana tidak semua orang pandai meminta. Oleh keran itu afdal jika mengambil doa daripada Rasulullah SAW lebih selamat dan terjamin kesesuaiannya. Demikianlah perbincangan mengenai zikir dan doa.
Kini masuk pula mengenai fadilat selawat ke atas Nabi SAW. Sebagaimana yang semua ketahui bahawa agama itu bergantung atas keyakinan seseorang kepada akhirat yang bernama syurga dan neraka. Ada pun kaya dan miskin, senang dan derita kehidupan, tidak boleh adi tanda ukur bahawa Allah SWT setuju atau sebaliknya. Kadangkala orang yang dikutuk Allah SWT, kehidupannya tetap senang dan mewah. Sebaliknya orang yang Allah SWT sayangi pula kehidupannya derita. Selawat ke atas Nabi SAW sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah san malaikat Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawat lah kamu untuk Nabi dan ucapkan lah salam penghormatan kepadanya.” (Surah al-Ahzab ayat 56)
Ayat di atas menyatakan bahawa Allah SWT dan para malaikat Nya berselawat (berdoa) ke atas Nabi SAW. Justeru orang beriman diseur supaya berbuat demikian juga. Berselawat bukan saja dalam solat bahkan di luarnya kerana Allah SWT dan malaikat Nya juga telah berbuat demikian. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:” Sesiapa di kalangan umat ku yang berselawat sekali ke atas ku, Allah SWT akan tulis kepada orang itu 10 kebajikan”.
Sepuluh kebajikan bererti 10 pahala ganjaran meskipun pahala itu tidak kelihatan bentuk dan sifatnya tetapi pahala amat diperlukan oleh yang beriman di akhirat kelak. Sesiapa mengehendaki pahala yang banyak satu antara caranya ialah beramal tanpa modal iaitu berselawat ke atas Nabi SAW.
Seorang sahabat bertanya kepada Nabi SAW tentang bagaimana bentuk cara berselawat ke atas mu?

Sabda Nabi SAW berkatalah dengan bermaksud:
“Ya Allah Tuhanku, sejahterakanlah ke atas Nabi Muhammad dan kaum keluarganya dan para isterinya dan keturunannya, sebagaimana kesejahteraan ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya, sesungguhnya Engkau adalah Maha Terpuji lagi di Muliakan”.