Soal ajal, rezeki dan jodoh rahsia
Allah SWT. Sebagai seorang insan yang masih belum bertemu jodoh tentu sekali
rasa bimbang, risau dan sedih. Walau bagaimanapun, sebagai seorang insan kita
sewajarnya memohon pertolongan dengan Allah SWT sungguh-sungguh dan yakin.
Jangan bandingkan diri anda dengan teman yang cepat bertemu jodoh. Sesungguhnya
lambat jodoh merupakan ujian Allah SWT kepada kita. Setiap manusia akan diuji. Dengan
Firman Allah SWT:
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan
dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji
(dengan sesuatu cubaan)? (Surah Al-Ankabut ayat 2)
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang
yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa
yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan
nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Surah Al-Ankabut ayat 3)
Apabila membaca ayat di atas,
kita seharusnya menerima ujianNya, bersyukur, sabar dan jangan sesekali menyangka
Allah SWT tidak melihat kita. Kesimpulannya, terus berusaha + berdoa, doa+doa,
dan tawakal+doa.
Seperi dibawah terdapat doa-doa yang perlu diamalkan
Zikir:
Ya
Latif – 133x. Sapu dimuka dan berdoa
Ya Alim
Ya Azim 11x
Ayat
Kursi
Istigfar sebanyak yang boleh
Ayat AlQuran:
Surat Ar-Rūm (21)
Surat Al-Qaşaş (23)
Surat Yūsuf (4)
Surat An-Naml (24)
Surat Al-'Anbyā' (89)
Solat:
Awal Waktu
Berjemaah
Solat malam (Taubat, Tahajud, Istiharah, Hajat,..)
*SEMUA AMALAN KITA MESTI IKHLAS KERANA ALLAH SWT DAN ISTIQAMAH.
No comments:
Post a Comment