Tuesday 22 May 2012

ALLAH SWT PERINTAH TINGGALKAN DOSA



 
Allah SWT bukan sahaja mengharamkan perbuatan keji seperti zina tetapi Allah SWT mengharamkan jalan menuju ke arah perbuatan zina dan seumpamanya sebagaimana firman Allah yang bermaksud: 

Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji sama ada yang nyata atau yang tersembunyi dan perbuatan dosa dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar.” (Surah al A’raf:33)
Allah SWT berfirman dalam ayat yang lain bermaksud: “Dan tinggalkan lah kamu dosa yang nyata dan yang tersembunyi.” (Surah al-An’am:120)

Hadis lain yang di riwayat oleh Ibnu Mas’ud r.a katanya, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada seorang pun daripada kalangan makhluk ciptaan Allah lebih cemburu daripada Allah SWT terhadap perbuatan jahat yang dilakukan oleh hambanya. Oleh itu Allah mengharamkan semua perbuatan keji (dosa) zahir dan batin”.

Hadis menjelaskan betapa murkaNya terhadap perbuatan dosa yang dilakukan oleh hambanya. Bahkan jalan menuju kejahatan itu pun diharamkan oleh Allah supaya lubang yang boleh mendorong berlakunya perbuatan terkutuk dapat ditutup.

Sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Dauh dan an-Nasai daripada Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:” Tidak halal darah seseorang Muslim melainkan kerana salah satu daripada tiga sebab pertama, zina muhsin (yang sudah berkahwin maka ia direjam, kedua, seorang lelaki yang membunuh seseorang dengan nyata maka dia dibalas bunuh dan ketiga, seorang lelaki yang murtad, keluar daripada Islam dan memerangi Allah serta RasulNya maka hendaklah dia dibunuh atau disalib (disula) atau dibuang negeri”.