Monday 24 December 2012

BERAMAL SOLEH


Islam mengajar pelbagai sudut kehidupan bagaimana berhubungan manusia, hubungan Tuhan, hubungan dengan bumi dan langit, hubungan dengan lain dan sebagainya. Islam mengajar untuk tutup aurat, cara berekonomi, bernikah, poligami hanya boleh sampai empat orang sahaja kalau lebih itu sifat binatang. Kahwin ramai mesti adil, berperang ada caranya, berdamai, bersyair, menyanyi, berhibur, bermain sukan, nak cari harta banyak boleh tapi mesti halal, duit banyak perlu zakat dan sedekah. Semua aktiviti yang ingin dilaksanakan ada batas. Semua ada Islam yang merangkumi semua perkara

Sesiapa yang beriman dan percaya pada Allah, beramal ikut cara Islam (etc: solat, ekonomi, pergaulan) iaitu semua ikut dengan Islam adalah orang beramal soleh. Amalan soleh terlalu banyak. Setiap sendi, setiap detik, setiap saat dan setiap ruang ada beramal soleh. Contoh: Mengalihkan duri tengah jalan, mengalihkan batu tengah jalan tanpa menunggu pihak berkuasa mengalihkan batu tersebut. Tanggungjawab dipegang hingga mati. Islam ada tanggungjawab kepada masyarakat. Kalau semua orang Islam bertanggungjawab,   dunia menjadi aman.
Hidayah bukan sebab kita rajin mendengar ceramah agama tetapi berkat buat amal soleh. Ada sesetengah masyarakat kita berpuas hati buat maksiat kemudian apabila ada duit buat umrah. Itu adalah salah.

Sesiapa yang buat amalan soleh akan dimasukkan dalam syurga.

*Sesiapa buat zalim ambil tanah orang, pada hari Kiamat nanti, Tuhan bebankan 7 lapis bumi. Apa sahaja bentuk kezaliman tanah, kezaliman keluarga. Akan belit dengan 7 lapis bumi (lebih teruk). Nak pikul tanah seguni pun tidak larat bagaimana nak usung 7 lapis bumi.

Tuhan punya bumi dan kita sebagai tukang pegang amanah sahaja. Tuhan yang memiliki segala-galanya. Semuanya di bawah kuasa Allah. Beriman dan percayalah kepada Allah dan serah diri hanya pada Allah