Friday 16 January 2015

MUNGKIN DIA LEBIH BAIK DARI KITA!!!





Kita suka menghukum orang pada pandangan pertama. Hanya melihat luarannya sahaja kita mengulas itu dan ini. Mungkin betul sangkaan kita itu. Tetapi kalau salah? Bagaimana?. Kita dapa dosa percuma. Allah SWT mengingatkan kita dalam Surah Hujurat Ayat 49:12 

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakkan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah DOSA; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani”.


Rasulullah kemudian menegaskan:
 “Jaga-jaga kamu daripada persangkaan. Sesungguhnya bersangka-sangka itu kata-kata yang paling dusta”. (Riwayat al-Bukhari)


Sayidina Umar r.a turut mengingatkan:
“Jangan kamu terus membuat sangkaan berdasarkan haya satu ucapan yang keluar daripada saudaramu yang muslim, melainkan yang baik-baik”. (Riwayat Ahmad)

Menjadi orang baik, tidak cuai solat dan puasa, lain pula strategi syaitan iblis membodohkan kita. Perangkap ujub, takbur, riya’ dan sum’ah mungkin lebih berkesan. Lalu, sifat-sifat buruk itu semakin membesar dalam diri seiring amalan yang bertambah. Maka senjata ampuh untuk menangkisnya ialah kukuhkan tawaddu’. Tawaddu’ itu kita menganggap semua orang yang kita lihat adalah lebih baik daripada kita. Bahkan mungkin mereka lebih baik daripada kita. Sesiapa sahaja yang kita bersua baik orang bodoh, orang terkenal, pengutip sampah, orang kelainan upaya daan sebagainya.

Fikirkan: “MUNGKIN MEREKA LEBIH BAIK DARI AKU”.