Wednesday 8 May 2013

MISKIN HARTA TAK APA JANGAN MISKIN ILMU.



Kehangatan keputusan PRU13 masih lagi terasa, ketidakpuasan hati masih belum boleh dipadamkan sehingga pilihan raya diadakan semula. Kita tinggal sekejap PRU13 dan fokus untuk tulisan di bawah untuk santapan pembaca.
Hidup ini kena banyak belajar, belajar untuk berubah, berubah menjadi lebih baik. Umur yang diberi oleh Allah SWT perlu guna sebaik mungkin. Ya, hidup ini sementara atau sekejap manakala hidup dalam kubur panjang dan sepanjangnya hingga berlakunya hari pembalasan atau akhirat. Kalau direnung, apalah nasib kita di alam kubur itu. Baik atau tidak baik nauzubillah. Semoga hidup kita semua diakhiri baik dan diberi pengampunan oleh Allah SWT.
Pelbagaikan bidang ilmu sepanjang hidup dan lebih meriah jika kita terus menimba ilmu serta memiliki pelbagai pengalaman. Oleh itu, proses pembelajaran dalam diri mesti berlaku. Rajin, cekal menghadiri majlis ilmu dan usaha tanpa jemu adalah resipi kejayaan untuk menambahkan ilmu. Jangan mudah lalai dengan gangguan luar hingga hilang fokus dan tidak bersemangat.
Ingatlah ketika menuntut ilmu, kesukaran dan kesenangan telah ditetapkan sesuai dengan tahap dan keupayaan kita. 
Miskin harta tak apa jangan miskin ilmu.